

Rosewood bergiat aktif pada awal tahun 2002 selepas kami memenangi satu pertandingan "battle of the band" anjuran salah sebuah kolej di University Kebangsaan Malaysia.Dari situ lah bermula nya Rosewood,selepas berbincang kami masing-masing setuju untuk get serious dalam scene.Kami mulakan satu kehidupan baru dan satu dunia yang baru iaitu dunia band.Pada mulanya tidak terurusjugak,sampai lah satu tahap kami meeting dan bercadang untuk merecord demo. Demo "kembang-kempis" direcordkan pada bulan 10 tahun 2002.terkandung 5 lagu dan satu bonus track cover bob marley "jammin".
Demo itu amat bermakna bagi kami,dengan kehadiran demo itu kami mengorak langkah kaki kami di gig2 kecil sekitar k.lumpur.merangkak2 cari organizer nak main gig nye pasal hehe.bersila di depan2 pintu gig jual demo, setiap gig kami pegi bagi demo cd kat organizer dan macam2 lagi.demo itu terjual dalam 400 unit sahaja,zaman2 caset mase tu.ehheeh Alhamdulillah dari penjualan itu kami berjaya mendapat tempat di gig2 kecik mahupun besar,dengan bantuan sahabat2 and kawan2,kami memanjangkan kaki untuk show.Bermula dari Sunway,ke k.lumpur,kedah,p.pinang,seremban, melaka,johor,kuantan,and Singapore.Pengalaman mendewasakan.. dan kami akan terus berjuang selagi masih ada yang sayang.. sampai sini sahaja cerita cerpen history tak formal kami. bye...
http://www.myspace.com/rosewoodreggae

No comments:
Post a Comment